Jam tangan Luminox Jolly Roger 3800 Series - 750 unit terhad!

oleh Mohamad Hanif|
Bendera lanun Jolly Roger yang digambarkan menerusi imej tengkorak dan tulang bersilang merupakan simbol popular kepada kebebasan dan sebarang bentuk tentangan terhadap pihak berkuasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun pada asalnya ia digunakan oleh para lalun bagi menakutkan pihak lawan, simbol ini kemudian digunakan oleh pasukan Navy SEALs serta ketumbukan unit ketenteraan yang lain bagi menyambut status elit mereka. 

 


Sebagai sebuah pembuat jam tangan yang sinonim dengan askar-askar elit ini, Luminox membuat keputusan dengan memperkenalkan jam tangan edisi terhad sebagai tanda penghargaan kepada hero yang disebutkan di atas. 

Sama seperti mana-mana model Master Carbon SEAL, jam tangan edisi terhad Luminox Jolly Roger ini didatangkan dengan casis CarbonoxTM 46 mm yang tahan terhadap tekanan air sedalam 300 meter serta menampilkan bezel yang boleh diubah arah. 
 


Casis unik ini diperbuat daripada bahan berasaskan karbon yang ringan, hipoalergenik, tahan lasak serta mempunyai tekstur luaran yang sangat menarik. 

Di bahagian dial, terdapat rekaan tengkorak serta tulang bersilang menghiasi ruang tersebut manakala di bahagian belakang pula terdapat rekaan bendera Jolly Roger serta nombor edisi terhad. 

Tidak dilupakan, teknologi LLT (Luminox Lighting Technology) yang memastikan bacaan masa sentiasa didapati walaupun ketiadaan sumber lampu yang mampu bertahan sehingga 25 tahun lamanya. 
 


Jam tangan edisi terhad Jolly Roger 3800 Series ini hanya dihasilkan dalam 750 unit sahaja, dengan harga bermula dari RM4,160.00

Jam tangan ini boleh didapati menerusi pengedar sah Luminox seperti berikut:

  • Parkson Pavillion
  • Parkson Sunway Velocity
  • Isetan KLCC
  • Isetan 1Utama
  • SOGO

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…