Jam tangan Luminox ICE-SAR Arctic 1050, ciri baharu Pulsometer, RM2,760

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam tangan Luminox dengan kerjasama hero ais ICE-SAR (Icelandic Association for Search and Rescue) melancarkan koleksi jam tangan terbaharu ICE-SAR Arctic 1050 Series.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Ditawarkan dalam tiga variasi warna muka jam yang berbeza iaitu biru, hitam dan hitam merah, di mana kesemua varian ini dilengkapi dengan casis bersaiz 46 mm, serta binaan bezel dan kacing yang diperbuat daripada bahan  CARBONOX™ hitam.
 

luminox


Sistem pergerakan Quarts itu kemudian dilindungi dengan kaca Sapphire dengan salutan anti-kilau, sementara tali jam tangan pula diperbuat daripada getah Black NBR.

Koleksi jam tangan ICE-SAR terbaharu ini juga dilengkapi dengan fungsi Pulsometer yang membolehkan petugas penyelamat mengesan nadi mangsa yang diselamatkan.
 

luminos


Sama seperti jam tangan Luminox lain, siri ICE-SAR Arctic 1050 ini turut menampilkan Luminox Light Technology yang boleh bertahan selama 25 tahun bagi memudahkan pembacaan masa dibuat tanpa bantuan cahaya luaran.

Jam tangan Luminox ICE-SAR Arctic 1050 Series ini dijual pada harga RM2,760.00.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Dibina berdasarkan standard spesifikasi prestasi 'MIL-PRF-46374G’, Luminox Mil-Spec memiliki tahap…
Berita Domestik
Jelajah pop-up itu bakal menampilkan rangkaian koleksi G-SHOCK 40th Anniversary, termasuk siri…
Gaya Hidup
Terdapat tiga rekaan dial dan tali jam yang boleh dipilih dengan warna Sand, Olive Green dan White…