Jam tangan Luminox Bear Grylls Survival ECO untuk pencinta alam sekitar

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama dengan personaliti TV dan aktivis alam sekitar Bear Grylls, Luminox kini hadir dengan sebuah lagi produk jam tangan edisi khas baharu #tide X Luminox Bear Grylls Survival ECO.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan edisi terhad ini menampilkan rekaan yang lebih mesra alam sekitar, di mana casis, bezel dan tali jam diperbuat daripada 100 peratus bahan plastik yang diperoleh daripada sisa sampah di lautan.

 


Bahan tersebut dinamakan sebagai #tide ocean material di mana sisa plastik tersebut ditukarkan menjadi bahan berbutir yang boleh disuntik atau dijadikan sebagai benang.

Sisa plastik ini diperoleh daripada nelayan tempatan terlatih dan dibayar dari lima buah kepulauan di Lautan Andaman di persisiran pantai Thailand.

 


Selain daripada itu, penggunaan kaca sapphire telah digunakan pada muka jam, menampilkan bezel menyelam pelbagai arah, penampilan logo Bear Grylls dalam Super-LumiNova pada jam 10, dan semestinya elemen Luminox Light Technology yang menjadi kelaziman setiap jam tangan Luminox.

Di bahagian belakang pula tertera logo Luminox, Bear Grylls, dan #tide ocean material.

 


Jam tangan unik ini hanya ditawarkan dalam 1,500 unit sahaja, dan harga jualan bermula dari RM2,515.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…