Jam tangan Grand Seiko sempena ulang tahun ke-50 GT-R - 200 unit terhad, harga dari RM87 ribu sahaja

oleh Mohamad Hanif|

Tahun ini, kita semua maklum Nissan GT-R menyambut ulang tahun yang ke-50 dan Grand Seiko (sekali lagi) telah menghasilkan sebuah jam tangan tribut kepada jentera ikonik dari negara matahari terbit itu. 

Jam tangan yang dibina berdasarkan model Grand Seiko SBGC223 chronograph ini menampilkan beberapa elemen yang merujuk kepada Nissan Skyline GT-R. 

Seperti contoh, casis dan bezel yang berwarna biru seramik ini merupakan inspirasi daripada warna ikonik R34 Bayside Blue yang dibawakan semula oleh Nissan pada GT-R 50th Anniversary. 
 


Manakala tali jam kulit berwarna putih dengan jahitan motif biru dan rekaan dial biru pula merupakan rujukan kepada liveri ikonik jentera lumba R32 GT-R Calsonic. 

Pengenalan jam tangan ini juga digunakan sebagai meraikan ulang tahun ke-20 teknologi unik dan tersendiri Spring Drive Grand Seiko. 

Pergerakan jam tangan ini menampilkan logo GT-R pada rotor dengan kemasan kuning emas 18 karat, dan dilindungi oleh kaca kristal sapphire. 
 


Hanya 200 unit sahaja jam tangan GT-R ini dihasilkan untuk seluruh dunia, dengan harga jualan bermula dari $21,000 (RM86,846). 

Paling tidak, ia masih lagi mampu milik bagi sesetengah orang yang tidak mampu untuk mendapatkan jam tangan eksklusif dari Grand Seiko untuk Nissan GT-R50 Italdesign yang berharga $178,000 (RM736,123)....
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Ikukiyo Komatsu, Pakar Pertukangan Moden telah dibawa dari Jepun untuk mempamerkan inovasi…
Gaya Hidup
Untuk menambahkan kemeriahan tersebut, Nissan telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pembikin jam…