Jam tangan G-SHOCK GA-2000FAM-1A9 mula dijual Jun ini - 999 unit sahaja, bermula dari RM579

oleh Mohamad Hanif|
Jam tangan edisi terhad kolaborasi antara Casio dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Casio G-Shock GA-2000FAM-1A9 kini boleh didapati seawal bulan Jun 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan yang diasaskan daripada G-Shock GA-2000-1A9 daripada siri Carbon Core Guard itu menampilkan tema warna hitam dan kuning, logo FAM, logo Harimau Malaya serta nombor siri pada tali jam tangan.

 


Dari segi spesifikasi, jam tangan edisi terhad ini menampilkan paparan jam analog-digital yang dilindungi oleh casis karbon, dan mampu bertahan sedalam 200 meter di bawah permukaan air.

Sebanyak 999 unit sahaja akan ditawarkan, dan setiap pembelian akan didatangkan dengan sebuah t-shirt, gelang tangan, serta pakej pembungkusan khas G-Shock x Harimau Malaysia.

 


Jam tangan G-Shock GA-2000FAM-1A9 berharga RM579 ini boleh didapati di kesemua Kiosk G-SHOCK, G-Factory, serta pengedar jam tangan Casio yang sah di seluruh Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…