Jam tangan G-Shock edisi terhad Initial D dilancarkan!

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat siri animasi Initial D (termasuk penulis) tidak seharusnya melepaskan peluang untuk memiliki sebuah jam tangan G-Shock DW-5600BAIT20 edisi terhad hasil kolaborasi bersama jenama pakaian Bait Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan jam tangan ini sememangnya mengambil inspirasi daripada liveri kedai tauhu Toyota Corolla Sprinter Trueno AE86 GT APEX yang digunakan oleh watak utama Fujiwara Takumi, seperti jalur hitam putih pada tali jam.

 


Terdapat logo Initial D yang diukir pada penutup case back, dan pada lampu backlight apabila diaktifkan.

Setiap pembelian akan disertakan dengan bekas tin dan kotak yang menampilkan petikan daripada manga Initial D.

 


Model G-Shock DW5600 menawarkan pelbagai ciri asas seperti lampu asas, kalis gegar dan kalis air sehingga kedalaman 200 meter.

Jam tangan tersebut boleh dibeli menerusi laman web BAIT dengan harga bermula dari $200 (RM808 seutas), namun tidak dinyatakan berapakah jumlah yang ditawarkan.

 


Sumber: G-Central

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…