Jam tangan edisi terhad untuk peminat Land Rover Defender, 100 unit, dari RM7,829

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam tangan mewah Bamford memberikan penghormatan kepada SUV Land Rover Defender dengan menawarkan produk edisi terhad LR002.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dihadkan kepada 100 unit sahaja, kesemua jam tangan tersebut akan ditawarkan secara eksklusif menerusi kedai dalam talian Hodinkee dengan harga jualan bermula dari $1,700 (RM7,829).
 

bamford


Bamford LR002 membawakan ciri seperti casis titanium berdiameter 40 mm dengan ketebalan 13.25 mm dan disaluti bahan karbon seakan berlian hitam (DLC) yang menawarkan kemasan satin dan perlindungan terhadap calar.

Penunjuk masa pula menggunakan bahan Super-LumiNova yang boleh bercahaya di dalam gelap, sementara penanda LR002 dan 100M didatangkan dalam warna biru signatur Bamford.
 

bamford


Jam tangan ini dikuasakan oleh sistem pergerakan automatik Selita SW200-1B, serta mempunyai simpanan kuasa selama 41 jam.

Sama seperti jam tangan tentera lama, LR002 ini mempunyai struktur bahu jam kekal bagi memastikan tali jam tangan stail NATO itu mampu bertahan kemas pada pergelangan tangan tanpa mengira apa jua cabaran di hadapan.

Sumber: Hodinkee

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…