Jam tangan edisi terhad Porsche dengan elemen Porsche 356

oleh Mohamad Hanif|
Anda seorang peminat jenama Porsche, dan mahukan sebuah jam tangan yang bergaya daripada Porsche?

Artikel ini ada jawapannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bersempena dengan ulang tahun ke-70 daripada Porsche, divisyen rekaan Porsche kini melancarkan rekaan jam terbaru yang digelar 1919 Daytimer 70Y Sports Car Limited Edition.

 

Rekaan jam ini banyak dipengaruhi daripada penggunaan elemen Porsche 356, secara khususnya bahan yang digunakan pada pembikinan papan pemuka kereta tersebut.

Jam ini menampilkan material aluminum 42 mm yang disadur dengan kemasan titanium carbine berwarna matte-black yang kalis air pada tekanan 10 atm.

 

 

Bahagian teknikal pula menggunakan ciri pergerakan automatik Swiss, dan diakhiri dengan ukiran logo 70 tahun di bahagian belakang.

Bekas simpanan jam ini pula turut diukirkan dengan logo 70 tahun Porsche.

 

 

Harga yang diumumkan bagi jam edisi terhad ini bermula dari €2,948 dan boleh didapati di kesemua 130 pengedar Porsche di seluruh dunia.

Anda perlu pantas kerana Porsche hanya membuat jam ini sebanyak 1,948 unit sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, menjelang tahun akhir produksi model tersebut, Porsche membuat keputusan untuk…