Jam tangan 1919 Chronotimer Flyback dari Porsche Design - RM28 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selain daripada rekaan kereta sports dan SUV yang semakin menarik perhatian masa kini, Porsche juga mempunyai divisyen rekaan yang tersendiri memfokuskan kepada barang-barang bukan automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini termasuklah daripada sekecil-kecil pensel mekanikal dan pen yang diperbuat daripada keluli tahan lasak, barangan sukan, pisau, peranti pintar sehinggalah kepada jam tangan.

Ya, bagi mereka yang tidak tahu, Porsche Design juga turut menghasilkan unit jam tangan yang tersendiri, digelar sebagai 1919 Chronotimer Flyback Blue & Leather.

 


Diinspirasikan daripada rekaan ikonik Porsche 911, jam tangan ini mengadaptasi warna biru serta penggunaan tali jam yang diperbuat daripada kulit anak lembu - bahan yang sama digunakan pada balutan kerusi kereta Porsche.

Rekaan jam tangan Chronotimer Flyback ini membawakan persamaan terhadap jam Chronograph I yang diperkenalkan oleh Ferdinand Alexander Porsche pada tahun 1972.

 


Porsche Design menggunakan bahan titanium sebagai bahan asas dalam pembinaan jam tangan ini, di mana ia 46 peratus lebih ringan berbanding keluli tahan karat, lebih kuat, anti-allergik dan lebih tahan kepada kepanasan dan air masin.

Pergerakan jam tangan ini menggunakan Werk 01.200 (Porsche Design) yang turut menampilkan mekanisme flyback yang membolehkan pengguna merekodkan catatan pusingan di dalam litar lumba dengan hanya menekan satu butang fungsi sahaja.

 


Sudah pasti, jam tangan Chronotimer Flyback dari Porsche Design ini tidaklah murah semurah anda membeli jam tangan di pasar malam.

Anda kini sedang melihat sebuah jam tangan yang berharga kira-kira €5,950 (RM28,046) dan ia boleh didapati di Porsche Design Stores, kedai jam tangan yang terpilih dan kedai dalam talian.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…