Jam EDOX Sauber F1 - hanya 555 diseluruh dunia

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mungkin kita pernah dengar Tag Heuer atau Rolex, tetapi sebenarnya banyak lagi jenama jam Swiss yang kita jarang dengar (mungkin kerana kebanyakan kita belum mampu beli jam-jam berjenama mewah Swiss).

 

edox1

 

Salah satu darinya ialah Edox, iaitu jenama mewah dari Switzerland yang sudah menjadi pakar selama 130 tahun menghasilkan antara jam tangan terbaik didunia.

 

Nama Edox terkenal kerana ia selalu terlibat dengan sukan permotoran dan kali ini ia menampilkan jam yang meraikan sukan kejuaraan Formula One.

 

edox2

 

Ini kerana sukan Formula One ialah suatu kejuaraan yang amat sengit, dimana pelumba-pelumba bersaing dalam keadaan panas, dingin, dan sentiasa pada kadar kelajuan tinggi. 

 

Sukan Formula One juga mengutamakan penjagaan masa yang tepat dan ketat. Oleh itu, setiap detik adalah amat berharga bagi setiap pelumba dan pasukan. 

 

edox3

 

Pasukan F1 dari Switzerland, Sauber F1 Team, bergantung pada penjagaan masa yang tepat yang diberikan oleh Edox. 

 

Jam tangan istimewa pasukan Sauber, Chronorally Sauber F1® Team Limited Edition, terdapat dalam dua jenis, generasi pertama dan kedua, dan kedua-duanya dibuat untuk penjagaan masa yang tepat dan ketat. 

 

edox4

 

Siri jam Chronorally Sauber F1® Team Limited Edition juga direka untuk memberi penampilan yang perkasa dengan muka jam berupa chronograph yang berukuran 48 mm. 

 

Ia kedua-duanya mempunyai DNA kereta F1 Sauber, iaitu ia ringan tetapi teguh, diperbuat dari sarung titanium dan permukaan jam dari gentian fiber. 

 

edox5

 

Kalis air sehingga 100 meter, ia juga mempunyai ciri unik kerana penunjuk harinya juga menunjukkan hari “Sunday” sebagai “Race” (kerana hari Ahad ialah hari perlumbaan dalam tradisi sukan F1).

 

Yang penting ialah jam istimewa meraikan pasukan Sauber F1 Team ini hanya dikeluarkan sebanyak 555 unit sahaja di seluruh dunia.

 

edox6

 

Di Malaysia, ia dijual dalam harga sekitar RM7,000 ke RM8,000 sahaja.

 

Baik cepat beli sebelum ia habis dijual. 

 

 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Edox dengan bangganya memperkenalkan barisan jam tangan EDOX AUTOMATIC CARBON CHRONOGRAPH dengan…
Gaya Hidup
Kepada penggemar jam, semakin "rare" atau jarang kedapatan jam itu, semakin digilai. Namun begitu…