Jam Bulgari Aluminium Ducati Special Edition, RM23k dan 1000 unit sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bulgari Aluminium Ducati Special Edition
Bulgari Aluminium Ducati Special Edition
Hobi mengumpul jam tangan eksklusif memang seronok dan boleh menjana pendapatan.

Harga tidak jatuh dan boleh dijual semula pada harga lebih tinggi.

Ini pula gabungan dunia dua roda bersama jenama mewah dari Itali.

Ducati dan Bulgari mengumumkan kerjasama baharu yang menghasilkan jam tangan Bulgari Aluminium Ducati Special Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bulgari Aluminium Ducati Special Edition

 

Apa yang istimewa? Warna merah Ducati pun sudah menarik perhatian selain tiga kluster tolok yang diinspirasi dari grafik meter Ducati.

Memang sepadan jika dibawa menunggang Ducati (walaupun nampak sayang dan istimewa untuk dipakai).

Badan jam ini dibuat dari aluminium dengan diamater 40 mm dan butang dan pelaras dari titanium dan tali getah warna hitam.

 

Bulgari Aluminium Ducati Special Edition

 

Bahagian belakang jam pula dari titanium dengan rawatan anti lusuh DLC dan mempunyai logo Bulgari dan Ducati.

Dari segi operasi, jam ini mempunyai pergerakan automatik mekanikal BVL 130 dan rizab kuasa 42 jam.

Sambil mengenang nostalgia kanak-kanak, jam ini boleh masuk air tak?

Mestilah dan boleh tahan sehingga 100 meter.

 

Bulgari Aluminium Ducati Special Edition

 

Pengumuman yang dibuat ini bukan sekadar pemakluman, Bulgari Aluminium Ducati Special Edition sudah pun ditawarkan di butik Bulgari dan pengedar sah.

Di laman web Bulgari pun ada, harganya €5,000 sahaja atau bersamaan RM23,164.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bulgari Aluminium Ducati Special Edition