Jalin hubungan dengan FCA, Renault mungkin kurangkan pegangan di dalam Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada minat Renault terhadap gabungan bersama Fiat Chrysler Automobiles, Renault dilihat mungkin sekali akan mengurangkan pegangan mereka di dalam syarikat Nissan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada The Wall Street Journal, kedua-dua belah pihak sudah mengadakan perbincangan di mana Renault bakal mengurangkan pegangan 43.4 peratus di dalam Nissan dalam usaha untuk mengimbang kembali pakatan global mereka. 

Namun begitu, langkah tersebut memerlukan kelulusan daripada Perancis yang memegang 15 peratus pegangan di dalam Renault. 

Wakil daripada Nissan ketika dihubungi enggan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan isu ini, begitu juga dengan wakil Renault dan jurucakap kerajaan Perancis. 

Langkah gabungan antara FCA dan Renault terhenti pada Jun lalu apabila FCA dilaporkan mengundurkan diri kerana piha kerajaan Perancis memerlukan masa bagi meyakinkan mereka yang berada di dalam Nissan itu sendiri. 

Cakap-cakap berkenaan proses penstrukturan semula pakatan Renault-Nissan nampaknya kembali timbul sejurus selepas rundingan antara Renault-FCA tidak menjadi. 

Menurut WSJ lagi yang mengutip info daripada emel, kedua-dua belah pihak mungkin akan menandatangani perjanjian persefahaman berkenaan penstrukturan semula yang dijadualkan berlangsung September ini. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…
Berita Global
Renault Arkana 2021   Model 2023 membawa identiti visual baharu Renault yang dipanggil …
Berita Global
Menurut sumber yang dipetik oleh Reuters, Nissan sedang menentukan peratusan pegangan di dalam unit…