Jalanraya yang boleh mengecaj EV diuji di Itali

oleh HEZERI SAMSURI|
Teknologi mengecaj nirwayar memang sudah mula digunakan oleh henfon dan peranti pintar.

Malah, pengecaj nirwayar sudah wujud di dalam kereta-kereta sekarang, memudahkan lagi mereka yang menggunakan sistem Apple CarPlay atau Android Auto yang turut menggunakan teknologi nirwayar.

Sistem caj induktif (inductive charging) juga turut diuji untuk mengecaj kenderaan elektrik (EV) ketika ia sedang dipandu di atas jalanraya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bulan lalu, Stelantis, syarikat automotif yang memiliki Fiat, Chrysler, Dodge, Jeep dan Ram telah menguji sebuah EV dengan memandunya di atas jalanraya istimewa dengan pengecaj induktif terbina di dalam.

Jalanraya sepanjang satu kilometer berhampiran Milan itu dibina dengan memasang pengecaj induktif yang disambng terus ke sumber elektrik. 

Gelungan aloi ditanam di dalam tar jalan itu dan Fiat 500 EV yang digunakan "menangkap" arus elektrik dalam bentuk gelombang elektromagnet secara nirwayar melalui sistem penerima di bawah kereta kompak itu.

 

 

Selain dari Fiat 500, turut diuji di laluan yang sama ialah bas-bas elektrik dan kenderaan elektrik yang lain.

Teknologi Stellantis Dynamic Wireless Power Transfer membuktikan bahawa sebuah EV boleh dipandu pada kelajuan lebuhraya tanpa menggunakan tenaga elektrik dari baterinya, tetapi menggunakan tenaga elektrik terus dari jalanraya.

Itali bukanlah satu-satunya negara yang sedang menguji teknologi itu kerana US, Jerman, Sweden dan Israel turut sedang melakukan eksperimen yang sama.

 

 

 

Teknologi ini bukanlah semudah itu untuk dipraktikan, walaupun ia berfungsi dengan baik. Satu cara perlu dihasilkan agar ia mudah dan murah untuk disesuaikan ke jaringan jalanraya yang sedia ada. 

Selain dari itu, EV juga perlu dilengkapkan dengan sistem penerima gelombang elektromagnetik pada bahagian bawahnya.

Mungkin Malaysia juga boleh mencuba untuk mencari penyelesaian kreatif bagi teknologi ini? 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…
Berita Global
Keputusan itu telah mewakili dunia sebenar EV dalam kecekapan penggunaan dan dijangka membantu…