Jalan Tun Razak menghala Bulatan Kampung Pandan ditutup bermula Isnin

oleh SALINA JALIL|
gambar dari facebook DBKL
Beberapa laluan susur masuk dari Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Kampung Pandan akan ditutup bermula Isnin depan sehingga 31 Ogos.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu untuk memberi laluan pembinaan terowong dan jalan atas terowong menghubungkan Tun Razak Exchange (TREC) dengan jalan tersebut.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sehubungan itu, semua trafik dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan melalui tiga laluan alternatif.

 


“Trafik menghala Bulatan Loke Yew perlu membuat pusingan U dan berpatah balik ke arah Bulatan Kampung Pandan melalui Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar.

 

“Dari arah Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pula perlu ke kiri selepas Kedutaan AS menghala Jalan U Thant melalui Jalan Penggawa-Jalan Wikham dan Jalan 1/76 Desa Pandan menuju ke Bulatan Kampung Pandan.

 

“Trafik dari arah Kedutaan AS juga boleh masuk susur kiri ke arah Jalan Bukit Bintang dan belok ke kanan di Prince Court Medical Centre melalui Jalan Imbi-Jalan Barat-Lingkaran TRX menuju ke Bulatan Kampung Pandan,” menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

 

Pada masa yang sama, DBKL turut mengingatkan agar pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan untuk mengelakkan kekeliruan.
 

 

gambar dari facebook DBKL

 

 

gambar dari facebook DBKL 1

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera…
Berita Domestik
  Beliau berkata pembukaan ketiga-tiga laluan kontra itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa…
Berita Domestik
  Beliau berkata, pembinaan projek bernilai RM492.5 juta itu juga melibatkan laluan susur keluar…