Jalan Tampin – Kuala Pilah akan ditutup untuk semua kenderaan bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
Jalan Tampin – Kuala Pilah akan ditutup untuk semua kenderaan bermula hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Pilah, Ir Mohd Faizul Mohd Ali, berkata penutupan disebabkan struktur jambatan di Seksyen 23.6 di kawasan Johol tidak selamat kepada pengguna jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Jambatan itu dibina 1950-an yang terletak di kawasan agak rendah dan sering berlaku hakisan akibat hujan lebat menyebabkan strukturnya tidak lagi selamat.

 

"Kami mengambil keputusan untuk menutup laluan berkenaan bagi membolehkan kerja membaik pulih dilakukan," katanya ketika dihubungi.

 

Menurut Mohd Faizul, sepanjang tempoh penutupan, beberapa laluan alternatif disediakan kepada pengguna jalan raya.

 

"Laluan alternatif pertama, pengguna dari Tampin ke Kuala Pilah boleh melalui persimpangan Inas, Inas – Senaling, laluan N24 dan masuk semula ke persimpangan pekan Senaling.

 

"Laluan alternatif kedua, pengguna dari Kuala Pilah ke Tampin akan melalui laluan Senaling – Kepis, Bahau – Dangi dan masuk semula ke persimpangan Johol," katanya.

 

Beliau berkata, pengguna jalan raya mesti mematuhi arahan dan papan tanda yang disediakan oleh JKR.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
“Jalan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan dan ditutup kepada semua pengguna jalan. Kerja-…
Berita Global
  Susulan kejadian itu, kerajaan mengarahkan siasatan terperinci dijalankan. Tahun lalu,…
Berita Global
  Gambar yang diterbitkan dalam media tempatan menunjukkan bas itu remuk selepas menuruni cerun…