Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands Masih Ditutup Jumaat Ini

oleh Hamimah Hamid|
LALUAN di Seksyen 27, KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands tidak akan dibuka Jumaat ini dan masih ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.

Jabatan Kerja Raya  (JKR) Kinta melalui laman sosial Facebook nya memaklumkan laluan terbabit masih ditutup ekoran kegagalan cerun akibat hujan lebat berterusan.

JKR melalui notis pemberitahuan tersebut memaklumkan hasil pemeriksaan cawangan pakar nya hari ini mendapati keadaan cerun terbabit masih belum selamat untuk dilalui oleh kenderaan. 

notis drp JKR PERAK

Menurut makluman tersebut, notis penutupan jalan terbabit akan disambung bermula 15 Disember sehingga kerja- kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya. 

Tarikh pembukaan laluan tersebut akan dimaklumkan kelak. 

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah - Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara.