Jalan rosak, mendap di SPE-DUKE 3 sudah dibaik pulih

oleh SALINA JALIL|
Kejadian jalan rosak serta tanah mendap yang berlaku di Lebuhraya Setiawangsa Pantai Expressway (SPE) - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang 3 (DUKE 3) di laluan dari jajaran Taman Desa ke Mid Valley, sudah pun diselesaikan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

SPE - DUKE 3 dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan hujan lebat yang berlaku pada petang Sabtu menyebabkan berlaku mendapan dan runtuhan tanah pada laluan berkenaan.

 

"Pihak kami sudah mengambil tindakan segera melakukan pembaikan kerosakan dan menampal jalan yang mendap.

 

"Ini bagi memastikan keselamatan para pengguna jalanraya. Hati-hati memandu ketika hujan dan sentiasa jaga jarak selamat kenderaan anda," katanya.

 

Terdahulu, tular satu rakaman video dipercayai dirakam seorang pengguna jalan raya menunjukan keadaan jalan yang mendap dan selain berlaku runtuhan pada tebing dan bahu jalan.

 

Menerusi rakaman video berdurasi 38 saat itu, kelihatan banyak kenderaan yang melalui laluan itu melanggar lubang yang terbentuk di tengah laluan akibat tanah mendap.

 

 

Berita Harian