Jalan raya Malaysia, nombor 12 paling teruk dalam dunia

oleh Penyumbang Rencana 2|
sumber gambar: Berita Harian
Dalam satu laporan berjudul 'Worst and Best Road - US and International Ranking' yang dijalankan oleh Zutobi, Malaysia merupakan antara 59 buah negara yang memiliki jaringan jalan raya terburuk di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain Malaysia yang menduduki tangga ke-12 terburuk, antara negara lain yang disenaraikan termasuklah Kuwait, Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand. 

Kuwait mempunyai kadar kematian jalan raya yang ketiga tertinggi di dunia untuk setiap 100,000 orang, iaitu hampir 19, berbanding Malaysia yang mempunyai rekod kematian kedua tertinggi di dunia (22.76 untuk setiap 100,000 orang). 

Kajian tersebut memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan 3.32/10 berdasarkan empat faktor seperti kualiti jalan, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya serta saiz relatif rangkaian jalan raya. 

Sebagai perbandingan, Singapura mendapat skor 9.44 dengan kadar kematian jalan raya yang paling sikit, 1.69 untuk setiap 100,000. 

Dalam satu laporan berasingan yang diterbitkan Mei lalu, Malaysia merupakan antara 10 negara yang paling berbahaya untuk memandu, diikuti oleh negara Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan. 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut beliau, usia sesuatu jalan raya itu kebiasaannya hanya mampu bertahan antara 20 hingga 25…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…
Informasi
Mohd Sany berkata, teknologi menghasilkan pantulan cahaya daripada lampu kenderaan itu merupakan…