Jalan raya di Filipina ini diperbuat daripada 900 kilogram sisa plastik!

oleh Mohamad Hanif|
San Miguel Corporation (SMC) dalam satu pengumuman pada awal tahun lalu berazam untuk memulakan projek menukarkan sisa buangan plastik untuk ditukarkan sebagai bahan asas pembinaan jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Impian tersebut menjadi realiti apabila syarikat korporat itu berjaya membina sebatang jalan raya pertama di Filipina yang diperbuat daripada 900 kilogram plastik kitar semula. 

Jalan aspal tersebut dibina di atas sebidang tanah ujian berkeluasan 1,500 meter persegi dan bakal dijadikan sebagai tapak ujian bagi kegunaan jentera berat sehinggalah kepada trak 18 tayar. 

Menurut presiden SMC, Ramon Ang berkata, "kami mahu mencipta satu kegunaan yang lebih mampan untuk sisa buangan plastik supaya ia tidak mencemari tanah, sungai dan lautan.

Sebanyak 900 kilogram sisa buangan plastik, atau kira-kira 180,000 beg plastik digunakan semula dengan bitumen sebagai bahan pengikat di dalam produksi aspal. 

Menurut syarikat Dow Chemical yang juga rakan kepada SMC mendakwa, jalan yang dibina daripada plastik kitar semula adalah lebih tahan lasak dan tahan lebih lama berbanding permukaan aspal konvensional.

Malah, berdasarkan ujian yang dijalankan oleh makmal bebas mendapati, jalan raya aspal tersebut memiliki kualiti yang melebihi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya dan Lebuhraya Filipina. 

Sumber: Top Gear PH

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini Majlis Metro Manila (MMC), melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA),…
Berita Global
Menurut ciapan Marcos Jnr di laman media sosial X, 70 peratus operator Jeepney sudah bersetuju…
Berita Global
Pada Sabtu, Pengawal Pantai Filipina menyiarkan gambar Pengawal Pantai China menggunakan meriam air…