"Jalan Raya Bukan Untuk Berlumba. Patuhilah Undang-undang" - Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2019

oleh Mohamad Hanif|
Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMMSB) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) sekali lagi mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis perasmian kempen ini disempurnakan oleh YB Dato' Rosli bin Isa, Ketua Pengarah JKJR serta turut dihadiri oleh Dato' Jeffrey Lim, serta wakil agensi-agensi yang terlibat seperti MMSDA, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia, AEON Credit Service Sdn Bhd, Tokio Marine Insurance Group Malaysia, KHI Helmets Industries Malaysia, Bridgestone dan Nestle Malaysia. 
 


Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun ke-empat ini bertemakan "Jalan Raya Bukan Untuk Berlumba. Patuhilah Undang-undang" untuk memberikan penekanan dan kesedaran kepada penunggang motosikal mengenai aspek keselamatan dan cara menunggang dengan cermat ketika di jalan raya. 
 


Selain daripada kempen tersebut, Kawasaki Malaysia masih meneruskan usaha penekanan terhadap pemeriksaan keselamatan motosikal 16 mata secara percuma yang dilakukan oleh juruteknik terlatih.  
 


Sebagai penghargaan, pihak Kawasaki juga turut mengambil inisiatif dengan memberikan helmet dan jaket keselamatan secara percuma kepada para peserta yang menghantar motosikal mereka untuk diperiksa. 
 


Kawasaki Motors Malaysia mengalukan ucapan ribuan penghargaan kepada para pengunjung yang menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada tahun ini. 

Kepada para pembaca Careta yang menyambut Tahun Baru Cina, Kawasaki Motors Malaysia mengucapkan "Gong Xi Fa Chai". 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…