Jalan Pintasan Rawang ditutup sementara pada 31 Julai

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jalan Pintasan Rawang atau Rawang Bypass akan ditutup buat sementara kepada semua kenderaan pada 31 Julai ini.


Majlis Perbandaran Selayang (MSP) memaklumkan penutupan selama 12 jam itu bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Penutupan ini bagi memberi laluan kepada penganjuran Selangor Bypass Half Marathon 2022. Sila gunakan laluan alternatif dan orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda,” katanya di Facebook.

 

Selangor Bypass Half Marathon 2022 adalah acara larian anjuran Pejabat EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor.

 

Pertandingan itu bermula seawal jam 3 pagi membabitkan kategori 21 kilometer dan 12 kilometer.