Jalan Persekutuan bukan alternatif, ia jalan utama negara

oleh DIANA ISMADI|
Modenas

Jalan-jalan Persekutuan merupakan rangkaian jalan raya utama yang diwartakan di bawah kuasa Menteri Kerja Raya seperti yang diperuntukan dalam Akta Jalan-jalan Persekutuan 1959.

 

Walaubagaimanapun, masih ramai yang menganggap Jalan Persekutuan ini sebagai laluan alternatif dan lebih selesa menggunakan lebuh raya. Ada yang menggelar Jalan Persekutuan sebagai jalan lama, dan ada juga yang menggelarkan ia sebagai jalan kampung. Apa yang pasti, Jalan Persekutuan ini sebenarnya merupakan jalan utama jarak jauh yang menghubungkan antara ibu negeri, bandar-bandar utama serta jalan-jalan ke pintu masuk utama negara.

 

FTRoadpedia

 

Sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan dan menekankan kepentingan Jalan Persekutuan, Careta baru-baru ini telah menyertai Jelajah FTRoadpedia ke Utara melalui Jalan Persekutuan anjuran Kementerian Kerja Raya (KKR).

 

Roadpedia

 

Jelajah kami kali ini disertai lebih 60 pegawai kementerian dan agensi lain serta media dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof turut bersama kami dalam siri jelajah selama tiga hari dua malam.

 

FTRoadpedia

 

“Terdapat banyak kelebihan menggunakan Jalan Persekutuan, antaranya kita dapat menikmati pemandangan yang indah di samping melalui negeri-negeri yang kaya dengan sejarah, sosio budaya masyarakat setempat, malah sarat dengan produk pelancongan yang eksotik untuk dinikmati sendiri oleh pengguna” kata Datuk Fadillah.

 

Perjalanan kami menaiki bas bermula dari Kuala Lumpur kemudian melalui bandar utama iaitu Ipoh, Georgetown, Alor Setar dan Kangar. Selain itu, kami turut melalui bandar lain antaranya ialah Rawang, Tanjung Malim, Tapah, Kuala Kangsar, Butterworth, Sungai Petani dan Padang Besar.

 

FTROADPEDIA

 

Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memberi taklimat dalam perjalanan di setiap daerah yang disinggahi. Selain itu, permasalahan jalan, tindakan serta usaha penambahbaikan yang dilakukan JKR turut dimaklumkan kepada menteri.

 

Selain itu kami juga telah dibawa melawat dan diberikan taklimat mengenai kerja-kerja Projek Menaiktaraf Jalan FT06 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Projek Membina Jalan Baru Pulau Bunting, Yan, Kedah dan Projek Hospital Parit Buntar, Perak.

 

FTROADPEDIA

 

Dalam Jelajah FTRoadpedia ke Utara, kami berpeluang untuk menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan dan merasai menu-menu istimewa di Utara seperti laksa Teluk Kechai, kari kepala ikan, gulai kawah batang pisang, pulut ayam, cendol pulut, ikan pekasam, rendang tok, dan pelbagai lagi menu menarik.

 

Pengalaman ini sesuai dengan slogan FTRoadpedia #Cipta Detik Indah Bersama dengan melalui jalan Persekutuan untuk mengenali lebih dekat masyarakat setempat, gaya hidup dan budaya, makanan dan adatnya.

 

FTROADPEDIA

 

“Disamping memantau keadaan jalan dan projek di Jalan Persekutuan yang dilalui, Jelajah FTRadpedia turut sama mempromosi tempat menarik sepanjang laluan yang didokumenkan dalam “Travel Guide” dan “Info Map”untuk disebarkan kepada pengguna Jalan Persekutuan” kata Datuk Fadillah.

 

Ternyata perjalanan melalui Jalan Persekutuan ini memang menyeronokkan. Untuk perjalanan yang lebih santai, Jalan Persekutuan merupakan pilihan terbaik baik kerana laluan ini menyediakan banyak tempat persinggahan sepanjang jalan seperti kedai makan, masjid dan pusat rekreasi berbanding lebuh raya yang hanya ada kawasan Rehat dan Rawat (RNR).

 

FTROADPEDIA


 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring di Laluan PT36, Kilometer 77 hingga Kilometer 80 ditutup kepada…
Berita Domestik
IBARAT Cengkaman Brek Begitulah yang dapat dirumuskan setakat ini terhadap cadangan menurunkan had…
Informasi
Informasi itu mengandungi laluan-laluan alternatif sekiranya jalan utama mengalami kesesakan yang…