Jalan mendap sepanjang 100 meter

oleh SALINA JALIL|
Mendapan jalan sepanjang 100 meter berlaku di Jalan Merbau, Kuala Selangor semalam.


Pemendapan tanah sedalam 1.3 meter itu dikesan Jabatan Kerja Raya ( JKR ) daerah ini pukul 12 tengah hari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

JKR Kuala Selangor dalam kenyataannya memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku susulan kegagalan struktur tanah di lokasi kejadian.

 

Katanya, Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dilaksanakan susulan penutupan jalan kepada semua lalu lintas.

 

“Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif di persimpangan Jalan Rizab Hj. Ali – Jalan Rezab Masjid – Jalan Rizab Yaakob,” jelasnya.

 

- Diharap pihak JKR dapat memperbaikinya dalam masa terdekat bagi mengelakan sebarang kecelakaan kepada pihak pengguna jalan raya -

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan melalui notis pemberitahuan menasihatkan pengguna agar…
Informasi
"Hari ini (Rabu), saya telah meninjau setakat mana kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan…
Berita Domestik
"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun untuk mengemukakan laporan penuh selain…