Jalan mendap: Laluan Repah-Air Mawang menuju ke Kuala Pilah ditutup

oleh SALINA JALIL|
Kejadian tanah mendap susulan hujan lebat menyebabkan jalan serta jambatan berhampiran Kampung Sri Repah di Tampin, tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.


Susulan itu semua pengguna jalan raya dari daerah ini yang menghala ke Kuala Pilah dinasihatkan menggunakan Jalan Ulu Yoh - Air Mawang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah, Muhamad Affandi Abdul Hafiz, berkata kejadian mendapan itu dikesan berlaku pada jam 7.30 pagi semalam.

 

Menurut Muhamad Affandi, jarak kawasan yang terbabit adalah 33.3 kilometer (km) dengan 30 meter kedalaman paras air.

"Laluan berkenaan kini ditutup bagi semua kenderaan sebagai langkah keselamatan pengguna.

 

"Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Ulu Yoh-Air Mawang untuk menuju kedua-dua destinasi. Begitu juga bagi kenderaan dari arah Melaka atau Johor dinasihatkan menggunakan jalan yang sama iaitu Jalan Ulu Yoh untuk ke Kuala Pilah.

 

"Lawatan ke lokasi sudah dilakukan bagi melihat struktur berkaitan dan seterusnya ia akan dibawa kepada peringkat pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

 

"Kami juga sudah memasang papan tanda amaran di lokasi kejadian untuk memastikan tiada kalangan pengguna menggunakan laluan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan melalui notis pemberitahuan menasihatkan pengguna agar…
Informasi
"Hari ini (Rabu), saya telah meninjau setakat mana kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan…
Berita Domestik
"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun untuk mengemukakan laporan penuh selain…