Jalan Kuching ditutup dari 11 malam - 5 pagi sehingga 8 Disember

oleh SALINA JALIL|
Jalan Kuching berhampiran Bulatan Segambut akan mengalami gangguan aliran trafik berikutan penutupan jalan di kedua-dua hala mulai 11 malam hingga 5 pagi setiap malam sehingga 8 Disember ini.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, gangguan aliran trafik itu bagi membolehkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan perparitan di lokasi berkenaan dilaksanakan.

 

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua isyarat papan tanda sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelakkan kekeliruan dan sebarang kesulitan yang timbul," katanya.

 

 

Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Kenderaan dari arah tersebut yang ingin ke Chow Kit dikehendaki mengambil susur kiri di…