Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring sepanjang tiga kilometer ditutup-JKR Hulu Terengganu

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jalan Kuala Jenderis-Kenyir-Aring di Laluan PT36, Kilometer 77 hingga Kilometer 80 ditutup kepada semua kenderaan mulai semalam hingga satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

 


Menurut kenyataan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu hari ini, penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian mendapan jalan di kawasan berkenaan.



"Kawasan jalan raya sepanjang tiga kilometer itu akan ditutup bagi mengelak kejadian buruk.



"Pihak JKR akan memasang papan tanda lalu lintas di lokasi berkenaan sebagai panduan pengguna jalan raya dan mereka dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang diberikan," menurut kenyataan itu.



Menurut kenyataan itu lagi, pengguna jalan raya yang mahu menggunakan jalan alternatif ke Gua Musang dan Cameron Highland perlu melalui Kuala Krai, Kelantan atau Kuala Terengganu-Kuala Lumpur-Ipoh.

 

 

 

Sumber: Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…