Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh

oleh Penyumbang Rencana|
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan pada Sabtu.

Kenyataan itu memaklumkan tiada jalan alternatif dan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Laluan yang akan digunakan membabitkan 40km dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur manakala selebihnya…
Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…