Jalan Kota ditutup Sabtu ini

oleh Penyumbang Rencana|
Jalan Kota di kawasan Klang Utara akan ditutup serta dilencongkan bagi kelancaran trafik ketika urusan penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) bermula pada Sabtu ini.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penamaan calon bagi Dun N42 Meru, N43 Sementa dan N44 Selat Klang akan diadakan di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

"Lokasi penutupan jalan melibatkan Jalan Kota dan laluan alternatif yang disediakan adalah melibatkan Jalan Bukit Jawa (belakang IPD Klang Selatan-Jalan Raya Barat),"katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menjalankan penutupan jalan sempena penamaan calon itu bermula pada 28 Julai ini.

"Penutupan bermula jam 6 petang pada Jumaat sehingga selesai proses penamaan calon pada Sabtu ini," jelasnya.

 

 

Sinar Harian