Jalan FT29/FT31 Persimpangan Dengkil kini dibuka kepada umum

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu siaran media, Kementerian Kerja Raya memaklumkan pembukaan jalan utama yang menghubungkan pusat bandar Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, iaitu Jalan Persekutuan FT29 kini dibuka kepada umum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jajaran jalan ini turut menghubungkan kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi ini akan mula dibuka pada 21 April 2020 bermula jam 12.00 tengah hari.

Projek jalan FT29 ini telah pun disiapkan pada 16 Mac 2020, empat bulan lebih awal berbanding tarikh asal (22 Julai 2020).