Jalan di Hulu Langat yang rosak akibat banjir dibaiki

oleh SALINA JALIL|
Kerja pemulihan jalan di sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda kawasan itu hujung tahun lalu hampir selesai.


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata bagi cerun di Jalan Bukit Peras, kerja-kerja pembukaan laluan kawasan berkenaan selesai dijalankan namun kerja baik pulih sepenuhnya bergantung kepada dana yang bakal diperuntukkan kerajaan negeri.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

 

"Untuk baik pulih kekal bergantung kepada peruntukan yang kita terima. Setakat ini saya kira hanya sebahagian kecil yang kita terima, maknanya banyak lagi perlu kita laksanakan, bergantung kepada kemampuan kewangan khususnya dari pihak negeri Selangor itu sendiri," katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan pasca banjir di kawasan Hulu Langat membabitkan empat lokasi iaitu Jalan Bukit Peras, Jalan Sungai Lui, Kampung Jawa dan Jalan Industri yang terjejas akibat bencana banjir besar hujung tahun lalu.

 

Tinjauan pasca banjir itu memberi tumpuan kepada lokasi pembaikan infrastruktur awam oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terjejas di jalan negeri, jalan kampung dan cerun.

Sementara itu, kerja-kerja menambak bahagian jalan raya bersebelahan sungai di Jalan Sungai Lui yang runtuh akibat banjir siap pada 15 Februari lalu dengan kos RM1.9 juta.

 

Pembaikan jalan rosak akibat tebing sungai runtuh di Jalan Industri selesai pada 21 Februari, juga dengan kos RM1.9 juta.

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
"Yang paling penting buat masa ini semua jalan tersebut masih boleh dilalui kenderaan termasuk…
Informasi
Orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif lain dan tidak bertindak meredah air banjir…
Informasi
Setakat ini, usaha pemulihan kawasan terjejas berjalan lancar dan tidak menolak kemungkinan kembali…