Jalan berirama di Jepun - Ada hantu? Jalan berpenunggu???

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk anda mengembara, namun jika diberikan peluang, cuba sendiri berkunjung ke beberapa buah lokasi di Jepun yang menempatkan jalan raya yang berirama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apa itu jalan raya berirama? Kenapa ia mampu menghasilkan bunyi pada kelajuan tertentu? Adakah jalan tersebut berhantu?

Tidak sama sekali, ini kerana bunyi tersebut sebenarnya bukanlah terhasil daripada bantuan makluk halus seperti sangkaan orang.

Menurut satu kisah, seorang pekerja Shizuo Shinoda telah tidak sengaja menghasilkan kesan di atas jalan dengan menggunakan sebuah bulldozer dan menyedari kesan yang terhasil itu sebenarnya mampu menghasilkan irama yang tersendiri.

Daripada situ, pihak Hokkaido Industrial Research Institute hadir dengan satu rekaan jalan raya yang mampu menghasilkan bunyi berirama dan idea tersebut sebenarnya tercetus daripada kehadiran rumble strips yang memberikan amaran tertentu terutama di selekoh.

 


Jika rumble strips merupakan bonjolan yang menghasilkan irama tertentu, maka idea jalan berlagu ini adalah konsep yang bertentangan, di mana ia terhasil daripada alur-alur yang diukir pada permukaan jalan.

Menerusi eksperimen dan pengiraan matematik, para pengkaji perlu memotong alur dengan selang jarak yang tepat supaya getaran udara daripada pergerakan tayar pada kelajuan tertentu mampu menghasilkan irama atau not muzik yang diinginkan.

Ia mungkin kedengaran kelakar, namun ini merupakan salah satu cara bagi menggalakkan pemanduan yang selamat, terutama di kawasan berbukit atau touge yang menjadi kegemaran para pengkaji kelajuan di dalam kereta spesifikasi bandar.

 


Di Jepun, terdapat beberapa lokasi jalan berirama di mana lokasi pertama terdapat di Shibetsu, Hokkaido yang memainkan lagu "Shiretoko Love Song", Kimino di Wilayah Wakayama (lagu Miagete goran yoru no hoshi wo), Wilayah Shizuoka, dan kawasan perkampungan Katashina di Gunma (lagu "Memories of Summer").

Sehingga 2016, terdapat kira-kira 30 buah lokasi jalan berirama dengan empat daripadanya terdapat di Hokkaido, tiga di Hiroshima, 11 di Gunma, Shizuoka (2), Oita (2), Ehime (2) dan satu untuk setiap wilayah lain.

 


Bagaimana untuk kita tahu jalan tersebut berirama?

Di Jepun, terdapat papan tanda yang memberi peringatan kepada pemandu supaya bersedia melintasi jalan yang dimaksudkan, dengan kelajuan maksimum 50 km/j sahaja dan hanya mengambil masa kira-kira 30 saat.

Bukan sahaja di Jepun, jalan berirama ini turut terdapat di serata dunia seperti di Netherlands, Korea Selatan, China, dan di Amerika Syarikat.

Dan harus diingat, tidak semua jenis kenderaan yang sesuai dengan konsep jalan berirama ini, seperti contoh kereta mewah masa kini, convertible, serta kenderaan yang dilengkapi dengan sistem suspensi adaptif.