Jalan Bentong-Gua Musang dibuka Rabu ini

oleh Penyumbang Rencana|
Setakat kini hanya tinggal kerja membuat garisan jalan dan kerja pembersihan tapak di laluan berkenaan. - Bernama
Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di Bentong yang runtuh tahun lepas, dijadual dibuka pada Rabu (5 Okt) selepas kerja pembaikan cerun dan jalan siap dilakukan.


Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi kenyataan di sini hari ini (Sabtu), berkata setakat kini hanya tinggal kerja membuat garisan jalan dan kerja pembersihan tapak di laluan berkenaan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kerja pembaikan cerun dan jalan itu telah dimulakan pada 20 Jan lepas selepas berlaku runtuhan pada November 2021. Berlaku sedikit kelewatan disebabkan runtuhan tanah akibat hujan lebat semasa kerja pembaikan berjalan iaitu pada 18 Mac 2022," katanya.

 


Fadillah juga berterima kasih kepada kerajaan Pahang yang memberi sokongan padu dalam memastikan kelancaran projek infra rakyat serta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri serta daerah yang komited menyiapkan kerja untuk kesejahteraan rakyat.

 

 

-- BERNAMA