Henry kemudian menerangkan bahawa pemasangan 285 unit lampu jalan solar itu adalah sebahagian dari projek peningkatan taraf jalan tersebut.
"Pemasangan lampu itu penting kerana keadaan beberapa lokasi sepanjang laluan itu tidak begitu selamat untuk digunakan di sebelah malam.
Keadaan yang gelap dan permukaan jalanraya yang tidak rata adalah antara risiko yang dihadapi pengguna laluan itu di sebelah malam," ujar Henry.
Lampu jalan solar itu akan dipasang di kawasan gelap dan juga di laluan memotong yang telah dikenalpasti.
* Laporan lengkap di Borneo Post
** Gambar utama hanya hiasan