Jalan Batang Kali dijadikan sebagai litar permainan Assetto Corsa!

oleh Mohamad Hanif|
Mahu layan 'litar-litar' terkenal di Malaysia tapi tak berani ambil risiko?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

AntuDusun kini membawakan satu projek baharu yang dinamakan sebagai Project Kaido untuk membawakan 'litar-litar' terkenal di seluruh Malaysia ke dalam permainan simulasi Assetto Corsa.

 


Menerusi laman Facebook Malaysia Touge Simracing, mereka akan membawakan beberapa lokasi terkenal untuk dijadikan sebagai litar seperti di Sumpitan, Simpang Pulai, Ulu Yam dan juga Batang Kali.

Dalam kemaskini terbaharu, mereka mula memperlihatkan 'litar' menggunakan asas daripada jalan raya Batang Kali - Genting Highlands dalam video berdurasi lapan minit.

 


Malah, mereka juga turut berusaha untuk memasukkan beberapa buah papan tanda bagi menjadikan pengalaman pemanduan yang lebih realistik.

Perkembangan terbaharu projek ini boleh diikuti menerusi laman Facebook Malaysia Touge Simracing, atau menyokong projek ini menerusi Patreon.

Sumber: Akzis, FB Malaysia Touge Simracing