Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee ditutup hari ini (Selasa) pada masa berbeza

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee di ibu negara akan ditutup hari ini bagi memberi laluan kepada perlumbaan berbasikal edisi ke-26 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 peringkat pertama dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini.`


Menurut penganjur LTdL 2022, Human Voyage, Jalan Ampang akan ditutup dari jam 10 pagi hingga 6 petang manakala Jalan P. Ramlee dari jam 3 petang hingga 5 petang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

 

"Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal esok dengan menggunakan jalan alternatif atau pengangkutan awam serta mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan anggota polis trafik bertugas demi keselamatan dan kelancaran aliran trafik. menurut kenyataan penganjur hari pada Isnin.

 

LTdL 2022 sejauh 1,096.9 kilometer itu, bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur; diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub); Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands); Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya); Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim); Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar); Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Loop Langkawi).

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Penutupan itu akan dilaksanakan bermula jam 5.00 petang, 3 Februari 2024 sehingga 2.00 pagi, 4…
Berita Domestik
Menurutnya, kerajaan negeri perlu mempertimbangkan semula dan segera mengkaji pelaksanaan penutupan…
Berita Domestik
"Ini ialah proses yang sama seperti tempoh percubaan yang kita lakukan sebelum ini untuk melihat…