JAL henti tugas pesawat Boeing 777 setahun lebih awal

oleh Mohamad Hanif|
Japan Airlines Co Ltd baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menghentikan tugas 13 unit pesawat Boeing 777 yang dilengkapi enjin Pratt & Whitney setahun lebih awal berbanding perancangan asal.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Ia adalah susulan kepada langkah penggantungan sementara yang dibuat pada Februari lalu berikutan insiden kebakaran enjin yang melibatkan penerbangan United Airlines.

Menurut Japan Airlines, pesawat yang dihentikan tugas itu akan digantikan dengan pesawat Airbus A350 untuk penerbangan domestik ke Lapangan Terbang Itami, Osaka, serta menggunakan kapal terbang yang biasanya digunakan untuk penerbangan antarabangsa bagi merangkumi penerbangan domestik yang lain.

Disebabkan COVID-19, permintaan terhadap industri penerbangan adalah lebih rendah berbanding kebiasaan.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
Penerbangan JAL 503, yang menuju ke Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido, sedang berundur dari…
Berita Global
Menurut laporan daripada Nikkei Asia, syarikat penerbangan itu akan memulakan perkhidmatan membawa…
Berita Global
Menurut laporan daripada Japan Today, syarikat ANA mengoperasikan 19 pesawat jenis yang sama,…