Jaket tersangkut pada rantai motosikal, kanak-kanak 11 tahun cedera

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bomba
Kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit selepas tangan kirinya tersepit di rantai motosikal dalam kejadian berhadapan Balai Raya Sungai Terap, diTanjong Karang pada pagi Jumaat.

Mangsa berusia 11 tahun membonceng motosikal yang ditunggang ibunya apabila jaket yang dipakai tersangkut di rantai kenderaan itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.21 pagi.

 

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi, anggota bertugas mendapati tangan kanak-kanak itu tersepit.

"Kerja menyelamatkan mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan peralatan khas," katanya ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Hafisham berkata, mangsa terkoyak kulit dan isi di siku.

Katanya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang dengan menaiki ambulans.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi rakaman video tersebut juga terdengar dentuman kuat dipercayai kenderaan pemilik rakaman…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pihak polis seperti yang dilaporkan oleh laman…
Berita Domestik
  Menurutnya, kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di dagu bersama seorang penumpang yang…