Jaket dan tali beg tersangkut pada rim motosikal, tangan anggota tentera hampir putus

oleh SALINA JALIL|
gambar dari orang awam
Malang menimpa seorang anggota tentera apabila tangan kirinya hancur selepas dipercayai tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya dalam kemalangan di hadapan Hospital Tentera Darat Gemas, Kem Syed Sirajuddin, di Gemas, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang bertugas di Skuadron Keempat Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) kem berkenaan dikatakan dalam perjalanan bagi menghadiri latihan jasmani sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada jaket dan tali beg yang tersangkut pada rantai ketika motosikal yang di bonceng bersama seorang rakan sedang bergerak.

 

"Berlaku kemalangan jalan raya yang membabitkan dua anggota tentera di jalan dalam Kem Syed Sirajuddin Gemas. Hasil siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng adalah anggota tentera masing-masing berumur 37 tahun.

 

Beliau berkata, apabila sampai di hadapan hospital, tiba-tiba baju panas milik pembonceng berpangkat sarjan tersangkut di spoket motor jenis Yamaha Y15 yang dinaiki mereka.

 

"Ini menyebabkan baju itu terbelit dan menyebabkan pembonceng terjatuh ke sisi kiri motosikal lalu mengakibatkan tangan kirinya termasuk ke dalam rim.

 

"Akibat kemalangan itu, anggota tentera iaitu pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di tangan kiri, hancur dan hampir terputus serta patah kaki kiri.

 

"Manakala penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan dan kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain. Pembonceng dihantar ke Hospital Tentera Darat Tuanku Mizan, Kuala Lumpur," katanya.

 

Anuwal berkata, siasatan lanjut masih mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kejadian berlaku apabila mereka dalam perjalanan dari Felda Pasir Besar ke Pasukan 4 SKN RAJD di dalam kem berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Wanita tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Safdarjung di mana dia disahkan meninggal dunia…
Berita Domestik
  Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…
Berita Domestik
  Operasi memindahkan penumpang feri Express Bahagia 98 yang terkandas di perairan Kuala Kedah…