Jajaran ECRL - stesen Gombak sah digugurkan, kos pembinaan RM68 juta/km

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Portal South China Morning Post melaporkan, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin berkata, panjang rel Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan dikurangkan sebanyak 40 kilometer, dengan kos pembinaan setiap kilometer bernilai RM68 juta berbanding RM98 juta sebelum ini.

Tun Daim dilaporkan berkata demikian semasa sidang media di Kedutaan Malaysia di Beijing

Dalam pada itu, sebuah portal melaporkan, laluan ECRL akan bermula dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya-Pelabuhan Klang.

Sementara itu, hentian Gombak akan dihapuskan.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan jajaran projek ECRL disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China.
 

Cadangan Laluan Asal ECRL


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, keputusan itu dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.

Pelantikan Tun Daim sebagai utusan khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses perundingan semula ECRL dengan Kerajaan China dilakukan supaya penyelesaian menang-menang diperolehi.

Pada 4 Julai tahun lalu, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) selaku kontraktor utama ECRL menyatakan, semua kerja membabitkan ECRL dengan jajaran sepanjang 688.3 kilometer digantung berkuat kuasa serta-merta.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Oleh yang demikian, saya mohon pihak berkaitan untuk memberi pertimbangan rapi terhadap…