Jajan Mugen untuk roadster kei-car Honda S660 - bermula dari RM23 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Honda S660 merupakan pendekatan Honda dalam menawarkan kereta sports 'mampu milik' di dalam segmen kei (660 cc) di Jepun, selepas abang-abangnya iaitu Honda NSX dan Honda S2000.
Modenas

Rupa luaran standard pun sudah cukup menawan, namun bagi mereka yang tidak berpuas hati, Mugen selaku penala terkenal untuk jenama Honda telah melancarkan pakej  naiktaraf khusus untuk model facelift Honda S660. 

Pakej kit badan tersebut banyak diinspirasikan daripada model konsep Mugen S660 seperti yang diperlihatkan pada Tokyo Auto Salon 2020. 

 


Dari segi luaran, antara aksesori yang ditawarkan termasuklah bumper hadapan aero, skirt sisi, dan bumper belakang di mana ia diperbuat daripada bahan PPE. 

Kemasan pada bumper hadapan juga cukup menarik dengan layangan warna dua tona, manakala pembeli boleh mendapatkan peralatan opsyen lampu kabus LED dan pakej iluminasi aero. 

Bumper belakang juga boleh diserasikan dengan peredam bunyi standard atau sport silencer dari Mugen. 
 


Selain daripada itu, terdapat juga skirt sisi serta spoiler agresif Mugen Power, serta didatangkan dengan kemasan warna dua tona merangkumi warna badan dan Dark Gun metalik. 

Menghiasi keempat-empat arca roda S660 ini adalah set rim aluminium forged FR8 dengan kemasan cat Graphite Gun metalik bersaiz 15 inci hadapan, dan 16 inci belakang, masing-masing dibaluti tayar 165/55 R15 dan 195/45 R16. 
 


Aspek pengendalian pula boleh dinaiktaraf dengan penawaran Yamaha Performance Dampers yang mampu mengurangkan kadar gegaran dan bunyi bising, selain meningkatkan kadar kestabilan dan pengendalian Honda S660 ini. 

Harga jualan untuk pakej Mugen ini bermula dari 583,000 yen atau RM22,803. 

Menurut Mugen lagi, menjelang akhir tahun ini mereka akan menambah lagi senarai aksesori yang bakal ditawarkan, termasuklah gril gentian karbon, sayap belakang, hud enjin, sport silencer dan tempat duduk jenis bucket.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Kita mulakan dengan pendekatan yang dibawakan oleh TRD, di mana syarikat tersebut membawakan…
Berita Global
Walaupun sekali imbas, ia tidaklah seagresif apa yang ditawarkan pada model Type R, setidak-…
Berita Global
Kit badan yang diperbuat daripada gentian karbon sepenuhnya itu terdiri daripada lip bawah, winglet…