Jajan Mugen untuk Honda Civic Type R!

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin masih ingat kelibat Honda Civic Type R dengan kit badan Mugen Concept yang pernah membuat kemunculan rasmi di Malaysia Autoshow tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik bagi mereka yang mahu meningkatkan imej luaran serta pengendalian Honda Civic Type R, pihak Mugen kini bersedia untuk menawarkan pelbagai aksesori serta peralatan aftermarket yang mampu meningkatkan imej dan juga pengendalian hot hatch Honda tersebut.

 


Bermula dari bahagian luaran, rekaan asal telah diberikan beberapa penambahan seperti kemasan gril hadapan gentian karbon, kemasan garnish bumper hadapan, spoiler bawah hadapan, skirt sisi, pelindung cermin sisi gentian karbon serta spoiler bawah belakang.

Dengan tambahan wang sebanyak ¥1,100,000 (RM44 ribu), anda boleh mendapatkan bonet hadapan yang diperbuat daripada gentian karbon kering yang bukan sahaja lebih ringan, malah rekaannya mampu mengalirkan udara panas selain menyumbang kepada aspek aerodinamik yang lebih berkesan.

 


Spoiler asal di belakang juga boleh digantikan dengan sayap spoiler yang lebih agresif yang diperbuat daripada gentian kaca atau gentian karbon kering.

Lupakan sistem perpaipan asal Type R, dan lihat set ekzos sport turut ditawarkan pada harga bermula dari ¥649,000 (RM25,975) yang didakwa oleh Mugen mengambil inspirasi daripada muncung enjin jet yang diperbuat sepenuhnya daripada titanium.

Mengakhiri kemasan luaran adalah set rim MDCF bersaiz 20 inci yang didatangkan dengan kemasan warna dua tona yang direka khas untuk Honda Civic Type R.

 


Untuk ruang dalaman, terdapat roda stereng sports yang diperbuat daripada gentian karbon, pelindung panel pintu, tempat duduk bucket penuh MS-R, alas kaki, short shifter, tombol gear, butang pandu mula dan juga plet ambang pintu Mugen.

Sumber: Mugen

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Jepun itu bakal mempamerkan dua buah Civic FL5 dengan hasil modifikasi terbaharunya…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…
Gaya Hidup
Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan…