Jahat betul ke karburetor sampai semua gunakan Fuel Injection?

oleh HEZERI SAMSURI|
Umum mengetahui undang-undang penjagaan alam sekitar yang bermula sejak era 80-an menyebabkan kenderaan kini menggunakan sistem pancitan bahan api atau "fuel injection"(FI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun kerajaan Malaysia cuba untuk melengah-lengahkan peningkatan pelepasan asap kenderaan (buktinya, Malaysia adalah negara terakhir yang masih menggunakan tahap pelepasan Euro 2 di Asean) kerana bahan api yang disubsidikan, akhirnya kesemua kenderaan baharu yang dijual di negara ini sudah tidak lagi menggunakan karburetor.

Sejak FI diperkenalkan, syarikat kenderaan riuh berkata ia adalah lebih menjimatkan, lebih bertenaga dan kesejahteraan galaksi Bima Sakti bergantung kepada alat pancitan itu.

Ada yang benar, dan ada yang sebenarnya "lebong" semata.

 

 

Ini kupasan kami untuk topik tersebut.

1. Dari segi fungsi, karburetor dan FI sebenarnya tetap sama. Kedua-duanya membekalkan ruang kebuk pembakaran dengan sejumlah bahan api.

2. Karburetor adalah seperti sebuah injap yang membenarkan kemasukan bahan api. Karburetor (sebelum tahun 1980-an) tidak mempunyai sebarang kawalan elektronik, tidak ada "sensor" malah langsung tidak ada wayar disambungkan kepadanya.

3. Karburetor mengawal jumlah bahan api dengan menggunakan jarum jet. Pada zaman dahulu, menukar jet sudah mampu memberikan tambahan tenaga dan kosnya sangat rendah.

4. Karburetor juga tidak memerlukan bahan api dihantar dalam tekanan tinggi - bermakna ia tidak perlu ada pam bahan api yang kompleks. Bagi motosikal, asalkan tangki terletak lebih tinggi dari karburetor, sudah mencukupi!

5. Karburetor juga tidak begitu sensitif kepada kekotoran bahan api. Ini menyebabkan ia mampu menggunakan apa jenis kualiti bahan api, "perfect" untuk merayau di sekeliling dunia.

 

 

6. Selain dari ringkas dan lasak, karburetor adalah jauh lebih murah dari sistem FI. Kerana itu, ia masih digunakan dalam beberapa mesin pertukangan ringkas yang tidak termaktub dalam perundangan kualiti alam sekitar.

7. FI sebenarnya sama fungsinya dengan karburetor. Ini bermakna jika talaan karburetor itu sama dengan FI, ia memberikan prestasi enjin dan kualiti asap yang hampir sama. Namun begitu, sistem FI terkini berjaya mengurangkan penggunakan bahan api kerana ia memberikan pancitan yang lebih halus dan dalam tekanan yang lebih tinggi.

8. Kebaikan utama sistem FI ialah ia mampu memberikan prestasi yang cemerlang dalam tempoh yang jauh lebih lama dari karburetor kerana ia jarang memerlukan talaan. 

 

 

9. Walaupun FI memerlukan sumber bahan api dengan kualiti yang lebih tinggi, ia sebenarnya lebih lasak kerana ia mempunyai kurang komponen bergerak berbanding dengan karburetor.

10. Penggantian FI juga lebih mudah dari membaiki sebuah karburetor, tetapi kos penggantian komponen FI juga tinggi. Namun begitu, kerana ia semakin "rare", alat ganti untuk karburetor juga tidak semurah dahulu (kecuali jika ia datang dari China).

 

 

Dengan undang-undang kawalan pelepasan asap kenderaan yang semakin ketat, penggunaan karburetor memang tidak lagi menjadi kenyataan.

Namun begitu, untuk mereka yang pernah hidup dalam era karburetor, menghabiskan waktu antara Asar dan Maghrib untuk membersihkan komponen karburetor motosikal memang masih terngiang-ngiang dalam ingatan, bukan?