Jaguar XF 2022 mendarat di Malaysia - sedan RWD 250 PS dari RM498,800

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia baru-baru ini melancarkan secara rasmi sedan Jaguar XF 2022 versi facelift untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo Ingenium, Jaguar XF mampu menghasilkan kuasa setinggi 250 PS dan daya kilas 365 Nm memacu roda belakang menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 7.1 saat.
 

XF


Untuk versi facelift kali ini, beberapa perubahan dibawakan seperti penampilan gril depan baharu dengan liang kemasukan udara bawah, sistem lampu LED penuh, lampu nyalaan siang DRL 'Double J', serta rekaan bampar belakang yang dikemaskini.

Ruang kabin pula menempatkan skrin sentuh melengkung bersaiz 11.4 inci HD dengan teknologi infotainmen Pivi Pro, di mana skrin baharu ini jauh lebih terang dan lebih besar berbanding model terdahulu.
 

XF


Selain paparan menu yang telah diringkaskan, ia juga turut menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

Untuk keselesaan penumpang, Jaguar XF turut didatangkan dengan ciri penapisan udara kabin PM2.5 dan teknologi pembatalan hingar aktif yang dibina sekali dalam sistem audio Meridian Sound.

Ciri keselamatan turut merangkumi brek kecemasan autonomi, bantuan pengekalan lorong, kawalan jelajah adaptif serta sistem pemantauan keadaan pemandu.
 

XF


Harga jualan Jaguar XF 2022 facelift versi R-Dynamic ini bermula dari RM498,800.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Domestik
  Menurutnya, mangsa dikatakan menandatangani beberapa surat perjanjian sebelum menyerahkan kereta…