Jaguar Land Rover tawar sistem infotainmen moden-retro buat pemilik kenderaan klasik Jaguar dan Land Rover

oleh Mohamad Hanif|
Bagi penulis yang berjiwa retro, kehadiran unit multimedia dengan skrin sesentuh sememangnya tidak pernah dihiraukan dan akhirnya fungsi yang melimpah ruah terkandung di dalam sistem tersebut dibiar sepi tanpa sebarang usikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak banyak pengeluar yang sanggup menawarkan sistem audio yang serba ringkas melainkan Proton dan Perodua serta beberapa pengeluar yang hadir dengan unit audio Single-DIN bagi melengkapkan spesifikasi standard kenderaan keluaran mereka. 
 


Dari pihak yang berbeza, Jaguar Land Rover pula menawarkan Classic Infotainment System, sistem infotainmen moden bertemakan rekaan retro buat para pemilik kenderaan klasik Jaguar dan Land Rover yang mahukan sebuah sistem audio yang berfungsi dan 'masuk' dengan elemen klasik kenderaan tersebut. 

Dijual secara rasmi oleh Jaguar Land Rover menerusi laman web rasmi alat ganti klasik, sistem infotainmen single-DIN itu menampilkan skrin kecil bersaiz 3.5 inci dengan fungsi sentuhan dan mampu beroperasi di dalam kebanyakan kenderaan klasik Jaguar dan Land Rover. 
 


Unit hiburan ini turut didatangkan dengan fungsi sambungan telefon pintar menerusi Bluetooth sehingga empat buah peranti, sistem navigasi pemetaan paparan 2D dan 3D serta amaran kesesakan trafik. 

Jaguar Land Rover mendatangkan empat versi bagi sistem hiburan klasik ini dengan pilihan warna hitam atau krom untuk pemilik Jaguar, manakala warna hitam atau perak aluminium bagi pemilik Land Rover. 
 


Classic Infotainment System ini dijual pada harga bermula dari £1,200 (RM6.4k) dan boleh didapati di mana-mana pengedar sah Jaguar Land Rover (tidak termasuk Malaysia). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…