Jaguar Land Rover sertai arena motosikal elektrik - Arc Vector dengan harga RM488k!

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover membuat kejutan di EICMA Motor Show di Milan apabila mereka membuat pengumuman menyertai arena motosikal elektrik di bawah jenama Arc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal elektrik pertama yang dinamakan sebagai Vector merupakan model pertama yang bakal mengintegrasikan antara muka mesin manusia (human machine interface, HMI) masuk ke dalam pasaran. 

Teknologi tersebut antara lain ingin membawakan satu pengalaman tunggangan yang baharu, dan mampu mengubah hubungan yang terjalin di antara sebuah motosikal yang terhubung dengan pemiliknya. 
 


Menerusi acara tersebut, Arc telah mendedahkan spesifikasi awalan Vector seperti penggunaan casis monocoque karbon, jarak pengoperasian sekitar 193 km (273 km untuk kegunaan dalam bandar), pecutan sepantas 2.7 saat (0-100 km/j) dan kelajuan tertinggi 200 km/j.

Unit pengendalian pula diserahkan kepada penyerap hentak daripada Ohlins manakala bagi memberhentikan motosikal ini dengan mudah, sistem brek Brembo digunakan. 
 


Apa yang menarik perhatian, motosikal Vector ini turut didatangkan dengan jaket dan helmet pintar. 

Kedua-dua aksesori tersebut dibangunkan bersama syarikat Knox, sebuah identiti yang pakar membuat peralatan keselamatan penunggang dan ia dinamakan sebagai Arc Pilot System. 

Jaket pintar tersebut menggunakan isyarat bunyi bagi memberikan tindak balas haptik kepada penunggang berdasarkan input tunggangan semasa supaya mereka kekal selamat dan sedar. 
 


Manakala helmet pula dibangunkan oleh Hedon, sebuah pembuat helmet mewah dan dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi untuk memaparkan paparan head-up terbina dalam. 

Helmet tersebut turut mempunyai kebolehan untuk memaparkan imej dalam zon titik buta penunggang, di samping ciri kawalan suara kepada sistem komputer pada motosikal tersebut. 

Seakan Knight Rider versi motosikal. 
 


Arc Vector ini disasarkan untuk menjadi motosikal paling maju di dalam dunia dengan harga jualan sekitar $117,000 (RM487,060++). Berita kurang baiknya, Arc akan membina unit ini di dalam jumlah yang terhad, iaitu sekitar 399 buah sahaja.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…