Jaguar Land Rover pening penuhi permintaan terhadap Defender, PHEV

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan krisis kekurangan bekalan mikrocip semikonduktor, Jaguar Land Rover kini sukar untuk memenuhi permintaan terhadap model terbaharu mereka, Land Rover Defender dan beberapa model plug-in hybrid yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Automotive News Europe, tempoh menunggu untuk sesetengah model PHEV kini mencecah 12 bulan berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh ketua pegawai kewangan Adrian Mardell kepada pelabur Selasa lalu.

"Ia merupakan hasil daripada kekurangan bekalan (cip semikonduktor), dan kami menjangkakan tempahan tersebut akan kembali normal dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan.

Kebanyakan tempahan yang masih belum dipenuhi itu datangnya daripada benua Eropah, serta pasaran tempatan di United Kingdom memandangkan pelanggan di Eropah mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan cukai jalan yang lebih rendah untuk kenderaan tersebut.

Disebabkan krisis kekurangan cip itu juga, syarikat JLR kini kehilangan angka produksi berjumlah 7,000 unit untuk tempoh yang berakhir 30 Mac lalu.

Sehingga kini, sebanyak 45,244 unit Land Rover Defender telah pun dijual dalam tempoh tahun kewangan, sementara tempahan untuk Defender melepasi tahap 20,000 unit dengan kadar jualan kini menghampiri 7,000 unit per bulan berbanding 5,000 unit/bulan yang dijangkakan.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…