Jaguar Land Rover Malaysia menang anugerah berprestij Retailer of The Year 2020/2021

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia berjaya merangkul anugerah berprestij Retailer of The Year 2020/21 kerana perkhidmatan dan dedikasi yang cemerlang kepada pelanggannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah diiktiraf sebagai pemenang keseluruhan dengan skor tertinggi dalam dua daripada tiga kategori yang dipertandingkan.

Menurut Jeffrey Gan, Pengarah Urusan bahagian Runcit dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors berkata, "Sime Darby Motors komited mencapai kecemerlangan di dalam menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan kami. Saya berasa amat berbangga dengan pasukan Jaguar Land Rover Malaysia disebabkan usaha keras, dedikasi dan semangat yang memberikan impak kepada perniagaan runcit automotif.

Setiap tahun, pengedar ternama di seluruh dunia diiktiraf oleh Jaguar Land Rover berdasarkan prestasi dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Cabaran yang bermula dari 1 April 2020 dan berakhir pada 30 Mac 2021 itu mengiktiraf sinergi antara tiga entiti Malaysia, iaitu Jaguar Land Rover (Malaysia), Sisma Auto dan Sime Darby Auto Connexion bagi anugerah di peringkat serantau dan menyaksikan pengedar Sisma Auto berjaya menduduki tangga kedua.

Anurgerah Retailer of The Year Jaguar Land Rover ini mengambil kira segenap aspek prestasi setiap pengedar, termasuklah pemasaran, perkhidmatan jualan dan pelanggan, latihan pekerja, serta persembahan produk di mana setiap kategori memiliki sembilan hingga 12 kriteria yang berbeza.

Ini merupakan kali kedua SDAC memenangi anurgarah ini di mana kali terakhir SDAC dinamakan sebagai Retailer of The Year adalah pada tahun 2016/2017.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Domestik
Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tahun ketiga berturut-turut untuk JLRM. Pengarah Urusan…
Pelancaran
Ditawarkan dalam satu varian sahaja, Range Rover Sport 2023 ini dikuasakan oleh enjin Ingenium enam…