Jaguar Land Rover lancar sistem pembatalan hingar untuk ruang kabin

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun kenderaan masa kini sudah pun tersedia senyap, namun tidak dapat tidak, kita sukar untuk mengawal bunyi bising yang tidak diingini masuk ke dalam ruang kabin, sekaligus mengganggu keselesaan ketika memandu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk mengatasi masalah ini, Jaguar Land Rover telah melancarkan sebuah sistem pembatalan hingar untuk model Jaguar F-Pace, XF dan Range Rover Velar bagi mengurangkan bunyi bising di dalam kabin sehingga serendah 10dB.

Menurut Jaguar Land Rover, bunyi hingar berfrekuensi rendah 300Hz seperti 'ngauman tayar' dan bunyi angin mampu menyebabkan pemandu menjadi penat, sekaligus meningkatkan kadar reaksi masa yang diperlukan sehingga 17 peratus.

Untuk menghapuskan sesetengah bunyi frekuensi rendah itu tadi, sistem pembatalan hingar aktif JLR akan merekodkan bunyi bising tayar menggunakan mikrofon yang terpasang di setiap roda.

 


Bunyi yang terhasil itu tadi akan dianalisa, dan perisian tersebut akan mengira fasa bertentangan untuk gelombang bunyi yang dihasilkan itu tadi, dan memainkannya menerusi pembesar suara untuk 'membatalkan' bunyi bising tersebut.

Bukan itu sahaja, sistem adaptif ini juga akan membetulkan kembali keadaan sekiranya bunyi tersebut berubah mengikut keadaan semasa seperti perubahan keadaan jalan, kelajuan angin dan kondisi cuasa.

Menurut JLR lagi, teknologi ini sememangnya berguna untuk kenderaan dibantu dengan trenkuasa elektrik seperti Jaguar F-Pace, dan Range Rover Velar P400e PHEV, dan EV sepenuh masa Jaguar I-Pace.

 


Disebabkan ketiadaan bunyi bising dari enjin, bunyi hingar dari jalan dan angin akan menjadi lebih ketara menerjah masuk ke dalam ruang kabin.

Menurut Dr. Steve Iley, ketua pegawai perubatan JLR berkata, "teknologi pembatalan hingar aktif bukan sahaja berpotensi untuk meningkatkan keselamatan atas jalan raya, akan tetapi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan para pelanggan kami.

Sebelum ini, Jaguar Land Rover telah memperkenalkan beberapa teknologi baharu seperti sistem penapisan udara kabin, paparan head-up tiga dimensi, serta sistem skrin tanpa sentuhan yang dibangunkan bersama University of Cambridge.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…