Jaguar Land Rover janji atasi isu kualiti binaan yang tidak memuaskan

oleh Mohamad Hanif|
Isu kebolehpercayaan dan masalah kualiti merupakan antara faktor utama yang mampu memberikan imej negatif kepada sesebuah syarikat pengeluar automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam laporan terdahulu, CEO Jaguar Land Rover Thierry Bolloré mengakui  JLR mengalami isu kebolehpercayaan yang rendah, selain daripada kualiti yang tidak memuaskan.

Namun dalam temubual terbaharu bersama Autocar, Thierry Bolloré menjelaskan pengeluar automotif itu telah pun melakukan beberapa perubahan dalam usaha untuk meningkatkan kadar kualiti kenderaannya.

Beliau turut mengakui banyak lagi perkara yang perlu dilakukan, dan menyifatkannya sebagai keutamaan utama di dalam pelan 'Reimagine' bagi mengubah semula nasib syarikat itu.

 


"Ini merupakan tunjang utama Reimagine. Hasil yang didapati sememangnya tidak boleh diterima,  namun kami tahu bagaimana untuk memperbaikinya. Ia  bukan sains, akan tetapi kerja keras.

Antara perubahan yang telah dilaksanakan termasuklah mengurangkan kos waranti untuk kenderaan model tahun 2021, selain melantik individu baharu yang bertanggungjawab terhadap kepuasan pelanggan.

Selain daripada itu, Thierry juga telah mengubah cara JLR membangunkan model-model kenderaannya dengan memperkenalkan lebih banyak rekaan teknologi dan digital terhadap sistem umum, dan menambahbaik kualiti komponen yang dihasilkan.

Jenama Jaguar Land Rover telah lama dihantui dengan masalah kualiti dan kebolehpercayaan di peringkat global, dan menurut kajian kebolehpercayaan terkini oleh What Car? 2020, Land Rover berada di tangga terakhir daripada 31 jenama automotif.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…