Jaguar Land Rover bukan untuk dijual - CEO JLR

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Isu 'kena jual' ketika menghadapi sesuatu masalah (kebiasaannya melibatkan kewangan) ini bukan sahaja dialami oleh syarikat tempatan, ia juga turut melibatkan syarikat-syarikat yang lebih besar dan berpengalaman. 

Sebagai contoh, sebelum ini terdapat desas-desus yang menyatakan bahawa Jaguar Land Rover kini diambang pengambilalihan oleh syarikat lain ketika sedang menghadapi tempoh kewangan yang sukar tahun ini. 

Akan tetapi dakwaan tersebut serta-merta ditepis oleh CEO JLR, iaitu Dr. Ralph Speth dalam satu acara World Car Award baru-baru ini. 

"Hanya disebabkan kami (Jaguar Land Rover) sedang menghadapi masalah (kewangan), ia tidak bermakna syarikat JLR sedia untuk dijual kepada pihak lain.

"Peugeot-Citroen dan FCA juga menghadapi situasi yang serupa, dan jika kami mahu, kami akan membeli syarikat tersebut.
 


Dr. Ralph Speth mengulangi kenyataan bahawa JLR bukanlah untuk dijual kerana kedua-dua jenama British itu masih lagi bernaung di bawah TATA. 

Hakikat yang perlu ditelan oleh JLR ialah kesukaran yang dihadapi memandangkan populariti diesel semakin menurun akibat larangan yang dikuatkuasakan oleh bandar-bandar besar dunia, dan ia mengakibatkan jumlah jualan yang semakin menurun.

Selain daripada itu, isu yang melibatkan Brexit juga turut sama memberikan kesan kepada JLR. 

Walaupun terdapat laporan yang menyatakan bahawa JLR berkemungkinan besar akan diambil-alih oleh PSA Group, TATA serta-merta menidakkan dakwaan tersebut. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…